18 Februari 2019 - 06:51
Israel Uji Senjata Ke Atas Kanak-Kanak Palestin

Seorang profesor Arab dari Universiti Hebrew Jerusalem al-Quds mengatakan bahawa tentera Israel menguji pelbagai senjata mereka ke atas warga Palestin yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak dalam rangka mengenal pasti keberkesanan senjata tersebut, baca laporan yang diterbitan pada hari Ahad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang profesor Arab dari Universiti Hebrew Jerusalem al-Quds mengatakan bahawa tentera Israel menguji pelbagai senjata mereka ke atas warga Palestin yang tidak bersalah termasuk kanak-kanak dalam rangka mengenal pasti keberkesanan senjata tersebut, baca laporan yang diterbitan pada hari Ahad.

Profesor Nadera Shalhoub-Kevorkian pada hari Selasa lalu berkata dalam ceramahnya di Universiti Columbia bahawa "Israel melakukan ujian senjata ke atas kanak-kanak Palestin" dan menambah "bumi Palestin adalah makmal (terbuka) bagi industri persenjataan Israel."

Shalhoub-Kevorkian, profesor dalam bidang kerja sosial di Universiti Hebrew, memetik kesaksian daripada beberapa kanak-kanak meyimpulkan bahawa tentera Israel secara khusus menyasarkan generasi muda untuk ujian tersebut, lapor Radio Tentera Israel. -Press TV